Unordered List

Bismillah

Selasa, 6 Oktober 2009

CiNtA daLaM hAti - سر حب في قلب




Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.

Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang....

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ayah dan ibunya dan ahli keluarGanya. Jika ayah dan ibunya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifaT nya..."


TETAPI INGIN DI TEKANKAN DI SINI MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA SEPERTI MALAIKAT...NAMUN YANG PENTING HATI.. JIKA CINTA KERANA ALLAH PASTI ADA JALANNYA... CINTA DALAM HATI HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI

[SePeRtI CinTa DaLAm HaTi anTARA saidina ALI r.a dan sAiDATina faTimah r.a]


SUMBER INSTITUSI USRAH: JANGAN FIKIRKAN KEBENCIAN KELAK DIRIMU AKAN DISALUTI DENDAM FIKIRKANLAH CINTA KERANA IA SESUATU YG UNIVERSAL.