Unordered List

Bismillah

Sabtu, 13 Ogos 2011

Menu Hari Ini ( Nasi ARAB) ... فراخ محمر‌ة‌، رز، شوربه،سلطه




( NASI ARAB) Cara Mesir.....
فراخ محمر‌ة‌، رز، شوربه،سلطه

salam alayk...ni resepinyer:)

a)Beras
b)Minyak sapi
c)Ayam
d)Daun ketumbar,
e)Black pepper,
f)Tomato,
g)Serbuk jintan,
h)Bawang besar,
i)Garam
j)Minyak masak

1.First sekali Ayam potong 4 jangan kecil sangat,biarkan besar,
kemudian rebus.Masa rebus letakkan 2 biji bawang sederhana biarkan sampai mendidih dan hingga ayam lembut.

2. keluarkan ayam letak dalam pinggan kosong kemudian ambil garam secukup rasa, sebuk lada hitam,dan serbuk jintan gaulkan dan salutkan pada ayam tersebut.setelah selesai letak tepi dulu




3.Hiris bawang dalam 2 labu kemudian goreng dengan minyak sapi hingga warna coklat,kemudian tapis atau tos bawang tersebut , letak di tepi atau pinggan lain.
3.ok minyak sapi yang sudah di tos tadi panaskan dalam kuali dan masukkan beras,beras tu bahagikan 2.separuh gorengkan beras tersebut dengan mnyak sapi hingga kekuningan,dan yang separuh lagi tu letak tepi.

4.ok setelah beras dah bertukar warna kekuningan keluarkan dan masukkan dalam rice cooker dan campur dgn beras yang separuh tadi.Masukkan air,sedikit bawang yang dah di goreng tadi,Serbuk jintan,Serbuk lada hitam , garam secukup rasa,minyak sapi dan last sekali air agak2 jangn bnyak sangat,supaya nanti nasi berderai:)

5.ok soup tadi yang hasil rebusan ayam,ambil tomato dalam 2 biji blend kan dalam blender hingga hancur dan masukkan dalam soup tadi....

6.kemudian ambil ayam tadi goreng guna minyak,pastikan minyak dah betul2 panas.goreng kan ayam bersama bawang.

last sekali, potong daun ketumbar hiriskan dan juga tomato letak dalam mangkuk,kemudian letakkan garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....




siap dan boleh dimakan:)
selamat mencuba....

Tiada ulasan: