Tafsiran Mimpi Menurut Islam
Mimpi terbagi dua: mimpi yang benar dan yang batil. Mimpi yang benar ialah yang dialami manusia tatkala kondisi psikologisnya seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti ditandai oleh bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Mimpi yang benar tidak didahului dengan adanya pikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi. Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.
Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat.Mimpi demikian tidak dapat ditakwilkan. Demikian pula mimpi “basah” dan mimpi lain yang mewajibkan mandi dikategorikan sebagai mimpi yang batil karena tidak mengandungi makna. Sama halnya dengan mimpi yang menakutkan dan menyedihkan kerana permainan dari syaitan.
Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicarana itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allahlah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”
(al-Mujaadilah: 10)
Jika seseorang mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan lima
perbuatan. iaitu,
i) mengubah posisi tidur,
ii) meludah ke kiri sebanyak tiga kali,
iii) memohon perlindungan kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk,
iv) bangun dan solat, dan
v) tidak menceritakan mimpinya kepada siapa pun.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwildan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan
oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup
mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan
tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitullah
alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika
seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah
anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu
pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan
pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat
ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan
melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke
pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita
kepada orang
16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan
mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi
mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan
pangkat
19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan
jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan
tercapai
28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau
berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam
keadaan aman dan sentosa
30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai
baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah
Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim,
seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada
kejahatan
48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur
tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan
diperoleh
58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
59. Jika bermimpi kanak-kanak ating kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah
menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke
riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di
dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya
menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat
huru-hara.
8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
10.jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan
anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam
tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat
kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
Bermimpi Akan Haiwan
1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh
kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu
melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi
atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau
di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau
berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan
meninggal dunia
15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda
tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak
lelaki
16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan
sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan
mendapat harta kekayaan yang halal
*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan
kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur
dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu
subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui.